Fan-Fic #2 : Only Me In Your Heart
Thursday, 30 August 2012, ϟ 0 Exotic(s)

WATAK :-


Jo Young Min (Boyfriend)



Park Ji Yeon (T-ARA)


Ham Eun Jung (T-ARA)


Lee Ki Seop (U-KISS)
                                                                                                                                                                        

Hari pertama di Dae Young High School .....

“Alamak,lagi 5 minit kelas nak mula.Harap-harap cikgu belum masuk,kalau tak habis aku kena marah”,bisik JiYeon.Hari pertama tahun ketiga JiYeon di DaeYoung High School membuatkan JiYeon berasa sedikit kekok kerana sudah lama tidak ke sekolah disebabkan trauma yang dialaminya.
Akibat berjalan tidak pandang kekiri dan kanan,JiYeon terlanggar seorang pelajar baru yang baru masuk pada tahun ini.Buku-buku yang dipegang oleh JiYeon jatuh ke lantai.JiYeon dan pelajar baru itu turut sama jatuh terduduk di lantai koridor sekolah itu.Mereka bernasib baik kerana keadaan di koridor itu lengang.
     
   “Mianei,mianei.Saya yang bersalah”.JiYeon mula mengutip buku-bukunya yang berselerak di atas lantai.Pelajar baru itu juga menolongnya.Kemudian,JiYeon pun mengangkat mukanya memandang muka pelajar baru itu.JiYeon berasa tenang apabila memandang muka pelajar itu.
   
  Pada ketika itu,JiYeon berasa dia jatuh cinta pandang pertama.Selepas mengutip bukunya,JiYeon bangun lalu menolong pelajar itu.”Kamsahamnida sebab tolong saya.Saya betul-betul tak perasan awak kat depan saya.Saya harap awak marahkan saya sebab langgar awak”.JiYeon menundukkan kepalanya seperti sudah bersedia untuk dimarahi.
      
  “Tak apa la.Perkara kecil je.Lagipun saya yang patut disalahkan sebab jalan tak tengok depan.Apa-apa pun,saya Young Min.”.Young Min memperkenalkan diri dengan senyuman yang menawan.”Saya JiYeon.Mianei lagi sekali”,ujarJiYeon.’Comel jugabudak ni’,bisik hati Young Min.”Baiklah, saya maafkan awak.Saya pergi dulu”.Young Min beredar dengan hati yang berbunga-bunga kerana telah berjumpa dengan Jiyeon.JiYeon pun berlalu pergi.


DI DALAM KELAS….


‘Huh,nasib baik cikgu belum masuk lagi.Tak sihat ke?Kalau macam tu boleh bersembang dengan Eun Jung’.Tanpa berfikir panjang,JiYeon terus duduk di tempat duduknya di belakang EunJung.JiYeon duduk berseorangan kerana tidak ramai yang ingin berkawan dengannya.
Ketika ketiadaan cikgu,Eun Jung suka memalingkan kerusinya ke belakang untuk bersembang denganJiYeon.”Annyeonghaseyo,JiYeon”.Eun Jung menyapa rakan baiknya yang sedang mengelamun itu.JiYeon tidak mempedulikan Eun Jung kerana asyik berfikir tentang Young Min.
      
“Wei,JiYeon.Kau kenapa?”.Eun Jung mendesak JiYeon untuk bercakap dengannya.”Tak apala.Kau buat la hal kau tu.”Eun Jung kini merajuk dengan JiYeon.Ketika itu jugalah JiYeon tersedar dari lamunannya.Belum sempat JiYeon menjawab,Puan Kim melangkah masuk ke dalam kelas.
     
“Selamat pagi,pelajar-pelajar.Hari ini kita akan menerima seorang pelajar baru.Dengan ini saya menjemput dia masuk ke dalam kelas”.Sebaik sahaja pelajar tersebut masuk ke dalam kelas,JiYeon bagai diserang ‘heart attack’ kerana pelajar itu adalah Young Min.JiYeon tidak menyangka yang Young Min sekelas dengannya .

      “Annyeonghaseyo,nama saya Young Min.Saya harap awak semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.”Selesai memperkenalkan diri,Young Min ditempatkan disebelah Ji Yeon.Makin berbunga hati Young Min kerana dapat duduk disebelah ‘future’ yeoja chingunya.“Baiklah pelajar-pelajar.Saya ada mesyuarat,so saya awak semua buat ulangkaji.Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.”
      
       Tidak sampai 5 minit selepas Puan Kim keluar,kelas dipenuhi dengan suara pelajar2 yang rancak bersembang dengan rakan masing2.Ji Yeon juga turut serta dalam ‘acara’ tersebut.Dia ingin berkenalan dengan Young Min dengan lebih dekat lagi.Ji Yeon pun memulakan bicaranya.Pada ketika itu Young Min sedang membaca novel sambil mendengar lagu dari ‘handphonenya’.
      
      “Awak,best ke novel yang awak tengah baca tu?”Ji Yeon bertanya dengan harapan Young Min akan membalasnya.Namun,tiada respon daripada Young Min.“Awak dengar ke tak ni?Fine,kalau tak ada respon dari awak,saya tak akan tanya apa2 dekat awak lagi.”Kini Ji Yeon pula yang merajuk.Young Min tahu dia telah membuat ‘future’ yeoja chingunya merajuk.Young Min sengaja buat begitu kerana melihat muka Ji Yeon yang comel itu ketika merajuk.‘Rasa macam nak belai je pipi dia,’bisik hati Young Min.
      
       Kemudian,Young Min menanggalkan ‘earphone’nya lalu memandang Ji Yeon.“Apa awak cakap tadi?”Young Min bertanya kepada Ji Yeon dengan senyumannya.Ji Yeon yang sedar akan pertanyaan Young Min itu mengangkat mukanya lalu memandang Young Min.‘Boleh cair aku kalau tengok senyuman dia ni selama sehari’.Ji Yeon yang tak keruan itu mengajak Young Min ke ‘library’.
      
       “Saya pun nak ajak awak ke sana.Tapi awak terlebih dahulu memikirkannya.Jomlah.Ajak kawan awak sekali.”Young Min menjemput Ji Yeon dan Eun Jung sekali.“Eun Jung,kau nak ikut aku dengan Young Min pergi ‘library’ tak?”Eun Jung hanya menggeleng menandakan dia tidak mahu ikut mereka.“Nampaknya kita berdua jelah ke ‘library’.”Mereka berdua pun keluar dari kelas menuju ke ‘library’.


SETIBANYA DI ‘LIBRARY’…


       Young Min dan Ji Yeon melangkah masuk ke dalam ‘library’.Mereka memilih untuk duduk di tempat yang tersembunyi dari pandangan pelajar2 disitu.Young Min dan Ji Yeon pun duduk.Belum sempat Young Min memakai kembali ‘earphone’nya,Ji Yeon menghalang.“Boleh kita berbual sekejap?Saya nak kenali awak dengan lebih dekat lagi?”Ji Yeon berharap sangat dapat berbual dengan Young Min.Itu pun kalau Young Min tidak menolak.
      
       “Baiklah,awak dah sedia maklum nama saya Young Min.Saya ada kembar tapi dia tinggal jauh dari sini.Tak ada ahli keluarga lain selain dia.Tinggal di kawasan perumahan DaeYoung.Tinggal berseorangan.Suka dengar lagu dan menyanyi.Itu ajelah tentang diri saya.”Young Min meringkaskan sedikit sebanyak tentang dirinya.
    
        Ji Yeon yang dari tadi diam memberikan senyuman kepada Young Min kerana telah memuaskan hatinya.Ingin sahaja Young Min memeluknya kerana memiliki senyuman yang indah seperti dirinya.Kemudian,Ji Yeon bangun untuk mencari novel di rak bahagian novel.Young Min pula menyambung mendengar lagu sambil membaca novel.

    Sekembalinya Ji Yeon di tempat duduknya,Young Min mengarahkan Ji Yeon untuk memandangnya lalu memakaikan ‘earphone’ ke telinga Ji Yeon.Pada ketika itu,Young Min memainkan lagu-lagu Boyfriend,grup kegemaran Ji Yeon.“Kamsahamnida.”Ji Yeon teruja dengan tindakan Young Min.Mereka sama2 membaca novel masing2 sambil mendengar lagu.

      Tidak sampai 30 minit,Ji Yeon sudah terlelap di atas meja.Young Min yang perasan akan keadaan Ji Yeon memberhentikan lagu dan menanggalkan ‘earphone’nya dari telinga Ji Yeon.Young Min mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar Ji Yeon yang sedang lena diulit mimpi.‘Cantik juga dia ni walaupun tengah tidur.Bertuahnya aku kalau dapat jadi namja chingu dia.Harap2 dia belum berpunya,’bisik hati Young Min.
      Young Min perasan Ji Yeon sedang menggigil kesejukan lalu menanggalkan kotnya dan memakaikannya pada Ji Yeon.Young Min tanpa berlengah lagi ‘menyertai’ Ji Yeon.Tanpa disedari,Young Min memegang tangan Ji Yeon dengan erat.Mereka lena bersama sehingga waktu rehat.


PADA WAKTU REHAT…


       “Leganya dapat tidur sekejap kat ‘library’”.Ji Yeon mula meregangkan tangannya ke semua arah.“Awak,jom pergi ke ‘café’.Saya lapar.”“Boleh je.Tapi sebelum tu,awak tak nak ajak si Eun Jung tu ke?”Young Min mengingatkan Ji Yeon.“Terlupa pula.Kalau macam tu,awak pergi ke ‘café’ dululah.Nanti saya menyusul.”Ji Yeon pun beredar untuk mendapatkan Eun Jung.Namun,Young Min tetap menunggu Ji Yeon di suatu sudut.

      Beberapa minit kemudian,Ji Yeon dan Eun Jung berlari anak untuk ke ’café’.Ji Yeon takut dia akan menyusahkan Young Min.Tiba2,Ji Yeon ternampak Young Min lalu menyapa dia.“Kenapa awak ni degil sangat?!Saya suruh awak ke ‘café’ sebab manalah tahu awak pengsan sebab lambat makan.Saya juga yang susah nanti,”rungut Ji Yeon.‘Ambil berat betul dia ni kat aku,’bisik hati Young Min.


SETIBANYA DI ‘CAFÉ’….


       Young Min,Ji Yeon dan Eun Jung beratur untuk mengambil makanan.Setelah mengambil makanan masing2,mereka memilih tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka.Menu mereka pada pagi itu berasakan bijirin.Disebabkan mereka lewat sampai,hanya Young Min dan Eun Jung sahaja yang sempat mengambil sudu.‘Nampaknya kena pakai sudu sendirilah,’bisik hati Ji Yeon.Malangnya,dia terlupa untuk membawanya.‘Macam mana nak makan kalau tak ada sudu?Kena berlapar sampai baliklah jawabnya.’

        Ji Yeon melepaskan keluhan yang amat kuat sehingga boleh didengari oleh Young Min.“Tak apa,biar saya suapkan awak,”pelawa Young Min dengan senyumannya yang menawan.“Mana boleh.Lagipun awak murid baru kat sini.Nanti orang ingat saya mendera awak.”Ji Yeon menolak dengan penuh lemah lembut serta senyumannya.

      “Saya tak boleh biarkan awak berlapar.Nanti awak tak ada tumpuan untuk belajar.”Secara automatik,tangan Young Min terus menyuakan sudu yang penuh dengan bijirin ke mulut Ji Yeon.Ji Yeon hanya terpinga-pinga dengan tindakan Young Min lalu menerima suapan daripadanya dengan penuh tanda tanya.

      ‘Kenapa Young Min buat macam ni kat aku?Dia suka aku ke?Kalau ya pun apa salahnya.’Gembira hati Ji Yeon apabila memikirkannya.Eun Jung yang sedang menikmati sarapannya berhenti seketika kerana terkejut dengan dua orang di depannya.Minda Eun Jung beranggapan Ji Yeon dan Young Min telah jatuh cinta.

        ‘Bagus juga mereka ni jatuh cinta.Tak adalah Ji Yeon tu keseorangan kalau aku tak ada.’Kemudian Eun Jung berdehem memberi ‘amaran’ kepada mereka berdua.Ji Yeon dan Young Min sedar akan tindakan Eun Jung itu hanya tersipu2 malu lalu menghabiskan sarapan masing2.

      “Ji Yeon,kau dah jatuh cinta dengan pelajar   baru tu ya?”Eun Jung menyoal Ji Yeon seperti seorang detektif.Ji Yeon yang sedang melayan perasaannya tersentak dengan suara Eun Jung.“Apa dia,Eun Jung?Ulang lagi sekali,boleh?”Eun Jung yang bengang dengan soalan Ji Yeon lalu memukul bahu Ji Yeon.

     Young Min yang berjalan dibelakang mereka berdua hanya tergelak kecil dengan kelakuan mereka yang tidak ubah seperti adik-beradik.“Aku tanya betul2 dia jawab main2 pula.Merajuklah,”lalu Eun Jung menjarakkan dirinya dari Ji Yeon.“Apalah,dah besar panjang pun nak merajuk macam budak kecil,”Ji Yeon cuba memujuk chingunya.Mereka semua pun balik ke kelas sama2 dan belajar sehingga habis waktu sekolah.

      ‘Eh,aku ada tertinggal barang kat lokar.Nak pergi ambillah.’Suara Ji Yeon yang separuh kuat itu dapat didengari oleh Young Min dengan jelas.“Apa dia?”Young Min menyoal Ji Yeon.“Awak dengar ya?Saya nak pergi ambil barang kat lokar saya.Awak dan Eun Jung tunggu saya kat luar sekolah dululah.”Baru Ji Yeon hendak melangkah pergi Young Min menghalangnya.

      “Biar saya temankan awak.”Young Min risau sekiranya ‘future’ yeoja chingunya pergi berseorangan dengan keadaan sekolah yang sunyi itu.“Tak apalah.Nanti saya akan menyusahkan awak pula.Tak pasal2 awak penat menunggu saya.”Ji Yeon pun berlalu pergi.Tanpa disedari,Young Min mengekorinya dari belakang.Begitu juga dengan Ki Seop,’ex’ namja chingu Ji Yeon.

      Setibanya di lokar,Ji Yeon terus ‘menyahkod’ nombor untuk membuka lokarnya.Setelah dibuka,Ji Yeon terus mengambil diari biru lembutnya yang dimaksudkannya ‘barang yang tertinggal.’Ji Yeon pun menutup pintu lokarnya lalu memandang ke belakang.Ji Yeon terkejut dengan apa yang dilihatnya.‘Ki Seop ada kat sini?Tapi,macam mana?’Soalan2 itu terus berlegar2 di minda Ji Yeon.Selang beberapa saat,Ki Seop mendekatinya.

      “Anneyeonghaseyo,lama kita tak berjumpa.”Ki Seop bertanya khabar kepada Ji Yeon dengan senyumannya yang sinis.“Apa awak buat kat sini?Bukan ke awak dah pindah?”Ji Yeon menuturkannya dengan tergagap2.Ki Seop memandang Ji Yeon dan tersenyum puas kerana dapat manakutkannya.“Berpindah hanya alasan semata2 untuk kelirukan semua orang.Selepas kau putus dengan aku,semua benda tak menjadi.Jadi aku ambil keputusan untuk menyamar jadi adik aku.”Ki Seop menerangkannya dengan panjang lebar.


      Ki Seop mendepakan tangannya ditepi kepala Ji Yeon.Ji Yeon semakin cemas.Ji Yeon buntu.Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat.Tiba2,kedengaran  bunyi derapan tapak kaki yang sedang berlari menuju ke arah mereka.Ya,orang itu adalah Young Min.Young Min berhenti pada jarak 1 meter dari mereka.Ji Yeon terus berlari ke arah Young Min dan terus ke belakangnya.“Apa yang lelaki tu dah buat kat awak?Dia cederakan awak ke?”Bertubi2 soalan diajukan kepada Ji Yeon.

     “Dia tu….”Belum sempat Ji Yeon menjawab soalan Young Min,Ki Seop memotong.“Kalau kau nak tahu,yeoja chingu kau tu dulu yeoja chingu aku.Kami pernah bersama untuk jangka masa yang lama.Tanpa sebab,dia minta putus dengan aku.Aku nak kau pulangkan dia kat aku,sekarang!”Ki Seop menggertak Young Min tetapi Young Min tidak menunjukkan perasaan takut.

     “Untuk pengetahuan kau,aku dengan Ji Yeon belum ‘declare’ sebagai pasangan kekasih dan aku bukan penyebab Ji Yeon putus dengan kau.Lagipun,aku baru ‘first day’ kat sini.Mungkin kau yang bermasalah.”Young Min menerangkan perkara sebenar kepada Ki Seop.Ki Seop yang tidak berpuas hati  dengan jawapan Young Min mencampakkan cermin matanya ke atas lantai.

      “Baik kau serahkan dia,kalau tak aku bunuh korang berdua!”Ki Seop menggertak Young Min dan Ji Yeon.Ji Yeon mulai berpeluh.Dia tidak mahu dijadikan sebagai bahan untuk orang bergaduh.“Ji Yeon,saya nak awak pergi kepada Eun Jung.Saya risau sekiranya awak turut tercedera.”Young Min mengarahkan Ji Yeon supaya beredar dari situ.“Baiklah.”‘Prihatin betul Young Min ni kat aku.Mungkin betul dia suka aku,’bisik hati Ji Yeon lalu cepat2 beredar dari situ.

     “Aku akan balas dendam dekat kau Ji Yeon!Aku tak akan pernah lupa apa yang kau dah buat kat aku!”Ki Seop terus-menerus memberi amaran kepada Ji Yeon.Ji Yeon tidak mahu dengar semua itu.Dia hanya ingin Young Min selamat.‘Harap2 tak ada pergaduhan antara mereka,’bisik hati Ji Yeon.Ji Yeon terus berlari keluar sekolah dan menuju ke arah Eun Jung.

     “Eun Jung,Ki Seop nak bunuh aku dengan Young Min.Apa aku nak buat?Aku takut kalau dia ‘serious’ nak bunuh aku dengan Young Min,”Ji Yeon menceritakan perkara yang akan dilakukan oleh Ki Seop terhadap dirinya dan Young Min.“Kau ni biar betul?!Bukan ke si Ki Seop tu dah pindah dari sini?”Eun Jung kehairanan.

       Sementara itu,Ki Seop sedang memberi amaran terakhir kepada Young Min.“Dengar sini.Aku tak akan benarkan kau dengan Ji Yeon bersama.Aku akan pastikan dia menderita kalau dia pilih kau.Sampai sini je.Cakap pada Ji Yeon,Anneyeongkaseyo.”Ki Seop pun beredar dari situ dengan perasaan benci yang meggunung terhadap Young Min.Young Min juga turut beredar dari situ.

       Hatinya berdebar2 apabila mengingat kembali kata2nya sendiri.‘Kami belum ‘declare’ sebagai sepasang kekasih….’Young Min berasa seperti dia dan Ji Yeon sudah lama menjadi sepasang kekasih.Young Min terus menuju ke tempat di mana Ji Yeon dan Eun Jung sedang menunggunya.“Awak,kamsahamnida sebab selamatkan saya tadi.Sekarang ni saya rasa takut nak pergi mana2 sebab Ki Seop mungkin akan bunuh saya.”Ji Yeon mengadu kepada Young Min.

      “Dia tu dulu namja chingu awak kan?”“Ya,tapi dia hanya mempergunakan saya saja.”Ji Yeon menjawab pertanyaan Young Min sambil melepaskan keluhan yang agak kuat.“Baiklah,kalau macam tu,saya berjanji dengan awak yang saya akan melindungi awak tak kira di mana awak berada sebab saya suka awak.”Itulah janji yang dibuat oleh Young Min kepada Ji Yeon.

     Ji Yeon yang terlalu terharu dengan janji Young Min,terus memeluknya sambil menangis.Young Min hanya terpinga2.Eun Jung pula tidak sangka yang chingunya berani melakukan perkara sebegitu.“Kamsahamnida,Young Min atas janji awak tu.Saya harap awak akan kotakan janji awak tu.”Ji Yeon mengucapkannya dengan teresak2.
“Dahlah tu.Jom kita semua balik.”Young Min mengajak mereka berdua balik kerana hari hendak hujan.Dari saat itu,mereka menjaga sesama sendiri sehingga hampir tamat persekolahan mereka di DaeYoung High School.


2 TAHUN KEMUDIAN….


      “Sedar tak sedar,lagi beberapa minit je kita akan ‘graduate’.Jika kita bernasib baik,mungkin kita akan berjumpa lagi.”Ji Yeon mula memasang angan2 untuk menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Seoul.Dia berharap sangat supaya dapat belajar bersama2 dengan dua orang chingunya,iaitu Young Min dan Eun Jung.Kini,Ji Yeon telah menjadi yeoja chingu kepada Young Min.

      Selesai saja majlis ‘graduation’ mereka,mereka berkumpul di ‘café’ untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kepada diri masing2.“Eun Jung,saya harap kita dapat masuk ke universiti yang sama.Young Min,saya rasa kita kena batalkan janji kita tu sebab mungkin kita tak akan berjumpa lagi.”Ji Yeon berasa sungguh sedih kerana perlu meninggalkan namja chingunya dan juga rakan baiknya.

      Tanpa sebarang amaran,Young Min terus menarik tangan Ji Yeon lalu menuju ke tengah dewan di mana majlis tersebut diadakan.“Apa ni,Young Min?Kenapa awak tarik saya ke tengah dewan ni?Semua orang tengah tengok kita.”Ji Yeon berasa tidak selesa dengan tindakan Young Min.Apabila Young Min sudah bersedia,dia melutut di depan Ji Yeon.

      “Ji Yeon,saya tahu perkara ini akan terjadi.Oleh itu,saya telah buat perancangan untuk lakukan perkara ini.”Lantas,Young Min mengeluarkan sebuah kotak dari poketnya lalu dibukanya.“Ji Yeon,sudikah awak menjadi milik saya untuk selamanya?”Ji Yeon tahu yang Young Min sedang melamarnya.Dia tidak menyangka Young Min akan melamarnya.Ji Yeon terdiam sesaat,kemudian‘Saya terima.’



    Young Min terus menyarung kan cincin pada jari JiYeon.Semua tetamu di dalam dewan bersorak gembira.JiYeon memeluk Young Min seerat-eratnya.“Saya tahu awak tak akan tinggalkan saya.”JiYeon membisikkannya ke telinga Young Min.“Saya dah tetapkan tarikh perkahwinan kita pada 7 Jun.”JiYeon kemudian senyum kepada Young Min sebagai tanda setuju.Tetapi,ada seseorang yang tidak berpuas hati kepada mereka,iaitu Ki Seop.


2 HARI SEBELUM PERKAHWINAN MEREKA…


       Pagi itu,JiYeon bangun awal untuk membeli barang keperluannya di sebuah farmasi terkemuka di DaeYoung.Sebelum itu,dia perlu meminta izin daripada bakal suaminya,Young Min.Lantas,JiYeon terus menelefon Young Min.“Yeobaseyo,awak tengah buat apa?”JiYeon memulakan bicara.”“Saya tengah baca novel.Kenapa awak telefon saya pagi-pagi ini?”Young Min menyoal JiYeon kembali.
       “Asyik baca novel je awak ni.Saya nak minta izin daripada awak untuk pergi ke farmasi dengan EunJung.Boleh ak?”JiYeon merayu agar dapat berjalan-jalan dengan rakan baiknya.Young Min terdiam sesaat mula bersuara,“Saya izinkan.Tapi awak kena balik cepat.”JiYeon yang mendengarnya meloncat-loncat gembira kerana Young Min mengizinkannya.“Kamsahamnida awak.Saya janji akan balik cepat.Okeylah,saya nak bersiap dulu.Anneyeongkaseyo.”JiYeon mengakhiri perbualannya dengan Young Min.

       Setelah bersiap ala kadar,dia menuju ke rumah Eun Jung yang selang tiga buah rumah daripada rumahnya.JiYeon terus menekan loceng rumah Eun Jung.Selang beberapa minit kemudian,Eun Jung menelefonnya.“Mianei,JiYeon.Aku memang tak boleh temankan kau hari ini sebab aku ada hal ‘emergency’.Mianei.”Eun Jung meminta maaf daripada JiYeon.“Tak apalah.Kalau dah macam tu,aku kena pergi seorang dirilah.Anneyeongkaseyo.”
JiYeon menutup telefonnya lalu menuju ke farmasi tersebut.Semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya,seseorang telah menekup mulut JiYeon dari belakang.JiYeon yang meronta-ronta  itu di bawa ke sebuah gudang yang terbiar.JiYeon yang di ikat pada sebuah kerusi bertanya kepada penculik itu.“Siapa awak?Apa awak nak buat kat saya?”JiYeon berharap ada orang yang mendengar jeritannya.

     “Naif sama seperti dulu.Anneyeonghaseyo,JiYeon.“Penculik itu hanya tersenyum sinis.“Macam mana awak……”Kemudian,otakJiYeon menangkap sesuatu di dalam mindanya.’Kalau taksilap,ni suara….’“Ki Seop?!”JiYeon yang berani tadi bertukar menjadi takut.“Kenapa diam?Takut ke?”sindir Ki Seop.“Apa yang kau nak dari aku?Cepat lepaskan aku!”JiYeon meronta-ronta untuk melepaskan diri.Kemudian,KiSeop melepaskan tumbukan ke perut JiYeon.“Kau boleh tolong diam tak?”Ki Seop menggertak JiYeon.

     Ki Seop pun mengikat mulut JiYeon dengan sehelai kain.JiYeon mengerang kesakitan daripada tumbukan Ki Seop.Lantas,KiSeop mengambil telefon JiYeon untuk mengugut Young Min.“Yeobaseyo,Young Min.”’Kenapa suara lelaki?Entah-entah….’“Ki Seop!Manam JiYeon?!Apakau dah buat kat dia,hah?!”Young Min hairan macam mana telefon JiYeon ada pada Ki Seop.

      “Semuanya akan terjawab sebaik kau dating ke gudang terbiar dekat DaeYoung.Jangan bawa sesiapa.Datang,kalau tak JiYeon tu aku bunuh.”Ki Seop menamatkan perbualannya dengan Young Min.KiSeop menuju ke arah JiYeon yang hampir pengsan itu.“Sekejap lagi,bakal suami kau akan sampai,”kata Ki Seop kepada JiYeon.

     “Yeobaseyo,EunJung,awak kat mana?Bukan ke awak dengan JiYeon?”Young Min menyoal Eun Jung dengan perasaan yang sangat kecewa terhadapnya.“Mianei,YoungMin.Sebenarnya,saya memang nak temankan JiYeon tapi tiba2 saya rasa tak sihat.Saya ingatkan dia tak jadi nak pergi.”Eun Jung menerangkan perkara yang sebenar.“Tadi saya ada terima ugutan daripada Ki Seop.EunJung,awak tahu taekwondo kan?Saya nak awak ikut saya selamatkan Ji Yeon.Boleh?”pinta Young Min.
      
      “Dah tentu lah boleh.Dia kan chingu saya,so saya kena lah tolong dia kalau dia dalam masalah.Jadi,ada rancangan?”soal Eun Jung.“Macam ni…”


SETIBANYA DI GUDANG….


         “Ki Seop,kau kat mana?Mana JiYeon?”Young Min menjerit dengan kuat sebagai tanda dia sudah datang.Tiba2,Ki Seop menuju ke arahnya sambil memegang JiYeon.Pistol di tangan kanan Ki Seop diacukan ke arahJiYeon.Sementara itu,Eun Jung secara senyap memasuki gudang itu dari pintu belakang.“Kau jangan apa2kan dia!Aku sanggup buat apa2 je asalkan kau jangan tembak dia.”Young Min tidak sanggup melihat JiYeon diapa2kan.

     “Kalau macam tu,aku nak kau mati depan aku,boleh?”Ki Seop menyatakan permintaannya.“Kau gila ke?Mana lah aku boleh mati tiba-tiba je.”Young Min tidak pasti jika Ki Seop gila atau tidak.“Kau jangan risau.Aku boleh tolong kau ‘matikan’ diri kau.”Pistol yang diacukan kepada JiYeon kini berarah kepada Young Min.Tanpa membuang masa,Eun Jung teru memukul Ki Seop sehingga dia melepaskan JiYeon,tetapi pistol yang dipegangnya tidak terlepas dari tangannya.

      Apabila mendapat peluang JiYeon terus berlari ke arah Young Min.“JiYeon,awak tak apa-apa?”Young Min memeluk JiYeon.JiYeon hanya mengangguk.Apabila dia sedar yang dirinya diserang,KiSeop terus membalas serangan kepada EunJung.Saat JiYeon memandang ke belakang, dia tahu Ki Seop sudah siap sedia untuk menembak Young Min.JiYeon melindungi Young Min dengan pelukannya.
Tembakan dilepaskan.Peluru menembusi tubuh JiYeon.JiYeon rebah.Young Min danEun Jung terkejut.Eun Jung yang berasa marah terhadap Ki Seop terus memukulnya sehingga dia pengsan.Young Min mendakap JiYeon.“JiYeon,tolong bertahan.Saya akan panggilkan ambulan,”kata Young Min lalu mengeluar kan telefonnya.Setelah memberikan alamat gudang tersebut,Young Min kembali menatap JiYeon.

         JiYeon,tolong jangan tinggalkan saya.Saya tak akan dapat hidup tanpa awak.”Young Min merayu kepada JiYeon.“Young Min,jika saya ditakdirkan mati di dalam dakapan awak,saya nak awak berjanji dengan saya.”JiYeon menyatakan hasratnya buat kali terakhir.“Cakap aje.Saya akan berjanji.”“Pertama,saya harap hanya saya saja yang ada dalam hati awak.Kedua,awak tak akan cari pengganti diri saya sekiranya saya pergi.”

      “Ketiga,jaga Eun Jung baik-baik sebab dia tak ada sesiapa kat dunia ni selain saya.”JiYeon menyatakannya dengan perlahan-lahan.Kemudian JiYeon mengangkat tangannya dan menunjukkan jari kelingkingnnya.Young Min yang sedar dengan perbuatan JiYeon terus melakukan perkara yang sama.Mereka pun menyimpulkan jari mereka sebagai tanda mereka akan berjanji.“Kamsahamnida,YoungMin,Eun Jung.”JiYeon menutup matanya.Tangannya jatuh ke tanah dengan serta-merta.

         Young Min terus memeluk tubuh JiYeon dalam keadaan teresak-esak.Eun Jung hanya menggenggam tangannya.“Baiklah,saya akan pegang janji awak tu.Saranghaeyo.”Itulah kata2 terakhir dari Young Min kepada JiYeon.

- TAMAT -

new past