Fan-Fic #2 : Only Me In Your Heart
Thursday, 30 August 2012, ϟ 0 Exotic(s)
WATAK :-
Jo Young Min (Boyfriend)
Park Ji Yeon (T-ARA)
Ham Eun Jung (T-ARA)
Lee Ki Seop (U-KISS)
Hari pertama di Dae Young High School .....
“Alamak,lagi 5 minit kelas nak
mula.Harap-harap cikgu belum masuk,kalau tak habis aku kena marah”,bisik JiYeon.Hari
pertama tahun ketiga JiYeon di DaeYoung High School membuatkan JiYeon berasa sedikit
kekok kerana sudah lama tidak ke sekolah disebabkan trauma yang dialaminya.
Akibat berjalan tidak pandang kekiri dan kanan,JiYeon
terlanggar seorang pelajar baru yang baru masuk pada tahun ini.Buku-buku yang
dipegang oleh JiYeon jatuh ke lantai.JiYeon dan pelajar baru itu turut sama jatuh
terduduk di lantai koridor sekolah itu.Mereka bernasib baik kerana keadaan di
koridor itu lengang.
“Mianei,mianei.Saya yang bersalah”.JiYeon mula mengutip buku-bukunya
yang berselerak di atas lantai.Pelajar baru itu juga menolongnya.Kemudian,JiYeon
pun mengangkat mukanya memandang muka pelajar baru itu.JiYeon berasa tenang apabila
memandang muka pelajar itu.
Pada ketika itu,JiYeon berasa dia jatuh cinta
pandang pertama.Selepas mengutip bukunya,JiYeon bangun lalu menolong pelajar itu.”Kamsahamnida
sebab tolong saya.Saya betul-betul tak perasan awak kat depan saya.Saya harap awak
marahkan saya sebab langgar awak”.JiYeon menundukkan kepalanya seperti sudah bersedia
untuk dimarahi.
“Tak apa la.Perkara kecil je.Lagipun saya yang patut disalahkan sebab
jalan tak tengok depan.Apa-apa pun,saya Young Min.”.Young Min memperkenalkan diri
dengan senyuman yang menawan.”Saya JiYeon.Mianei lagi sekali”,ujarJiYeon.’Comel
jugabudak ni’,bisik hati Young Min.”Baiklah, saya maafkan awak.Saya pergi dulu”.Young
Min beredar dengan hati yang berbunga-bunga kerana telah berjumpa dengan Jiyeon.JiYeon
pun berlalu pergi.
DI DALAM KELAS….
‘Huh,nasib baik cikgu belum masuk lagi.Tak sihat
ke?Kalau macam tu boleh bersembang dengan Eun Jung’.Tanpa berfikir panjang,JiYeon
terus duduk di tempat duduknya di belakang EunJung.JiYeon duduk berseorangan kerana
tidak ramai yang ingin berkawan dengannya.
Ketika ketiadaan cikgu,Eun Jung suka memalingkan
kerusinya ke belakang untuk bersembang denganJiYeon.”Annyeonghaseyo,JiYeon”.Eun
Jung menyapa rakan baiknya yang sedang mengelamun itu.JiYeon tidak mempedulikan Eun
Jung kerana asyik berfikir tentang Young Min.
“Wei,JiYeon.Kau kenapa?”.Eun Jung mendesak JiYeon untuk bercakap dengannya.”Tak apala.Kau buat la hal kau tu.”Eun
Jung kini merajuk dengan JiYeon.Ketika itu jugalah JiYeon tersedar dari lamunannya.Belum sempat JiYeon menjawab,Puan
Kim melangkah masuk ke dalam kelas.
“Selamat pagi,pelajar-pelajar.Hari
ini kita akan menerima seorang pelajar baru.Dengan ini saya menjemput dia masuk ke dalam kelas”.Sebaik
sahaja pelajar tersebut masuk ke dalam kelas,JiYeon bagai diserang ‘heart
attack’ kerana pelajar itu adalah Young Min.JiYeon tidak menyangka yang Young
Min sekelas dengannya .
“Annyeonghaseyo,nama saya Young Min.Saya harap awak semua dapat memberi
tunjuk ajar kepada saya.”Selesai memperkenalkan diri,Young Min ditempatkan
disebelah Ji Yeon.Makin berbunga hati Young Min kerana dapat duduk disebelah
‘future’ yeoja chingunya.“Baiklah pelajar-pelajar.Saya ada mesyuarat,so saya awak
semua buat ulangkaji.Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.”
Tidak sampai 5 minit selepas Puan Kim keluar,kelas dipenuhi dengan suara
pelajar2 yang rancak bersembang dengan rakan masing2.Ji Yeon juga turut serta
dalam ‘acara’ tersebut.Dia ingin berkenalan dengan Young Min dengan lebih dekat
lagi.Ji Yeon pun memulakan bicaranya.Pada ketika itu Young Min sedang membaca
novel sambil mendengar lagu dari ‘handphonenya’.
“Awak,best ke novel yang awak tengah baca tu?”Ji Yeon bertanya dengan
harapan Young Min akan membalasnya.Namun,tiada respon daripada Young Min.“Awak
dengar ke tak ni?Fine,kalau tak ada respon dari awak,saya tak akan tanya apa2
dekat awak lagi.”Kini Ji Yeon pula yang merajuk.Young Min tahu dia telah
membuat ‘future’ yeoja chingunya merajuk.Young Min sengaja buat begitu kerana
melihat muka Ji Yeon yang comel itu ketika merajuk.‘Rasa macam nak belai je
pipi dia,’bisik hati Young Min.
Kemudian,Young Min menanggalkan ‘earphone’nya lalu memandang Ji Yeon.“Apa
awak cakap tadi?”Young Min bertanya kepada Ji Yeon dengan senyumannya.Ji Yeon
yang sedar akan pertanyaan Young Min itu mengangkat mukanya lalu memandang
Young Min.‘Boleh cair aku kalau tengok senyuman dia ni selama sehari’.Ji Yeon yang
tak keruan itu mengajak Young Min ke ‘library’.
“Saya pun nak ajak awak ke sana.Tapi awak terlebih dahulu
memikirkannya.Jomlah.Ajak kawan awak sekali.”Young Min menjemput Ji Yeon dan
Eun Jung sekali.“Eun Jung,kau nak ikut aku dengan Young Min pergi ‘library’
tak?”Eun Jung hanya menggeleng menandakan dia tidak mahu ikut mereka.“Nampaknya
kita berdua jelah ke ‘library’.”Mereka berdua pun keluar dari kelas menuju ke
‘library’.
SETIBANYA DI ‘LIBRARY’…
Young Min dan Ji Yeon melangkah masuk ke
dalam ‘library’.Mereka memilih untuk duduk di tempat yang tersembunyi dari
pandangan pelajar2 disitu.Young Min dan Ji Yeon pun duduk.Belum sempat Young
Min memakai kembali ‘earphone’nya,Ji Yeon menghalang.“Boleh kita berbual
sekejap?Saya nak kenali awak dengan lebih dekat lagi?”Ji Yeon berharap sangat
dapat berbual dengan Young Min.Itu pun kalau Young Min tidak menolak.
“Baiklah,awak dah sedia maklum nama saya Young Min.Saya ada kembar tapi
dia tinggal jauh dari sini.Tak ada ahli keluarga lain selain dia.Tinggal di
kawasan perumahan DaeYoung.Tinggal berseorangan.Suka dengar lagu dan
menyanyi.Itu ajelah tentang diri saya.”Young Min meringkaskan sedikit sebanyak
tentang dirinya.
Ji Yeon yang dari tadi diam memberikan senyuman kepada Young Min kerana
telah memuaskan hatinya.Ingin sahaja Young Min memeluknya kerana memiliki
senyuman yang indah seperti dirinya.Kemudian,Ji Yeon bangun untuk mencari novel
di rak bahagian novel.Young Min pula menyambung mendengar lagu sambil membaca
novel.
Sekembalinya Ji Yeon di tempat duduknya,Young Min mengarahkan Ji Yeon
untuk memandangnya lalu memakaikan ‘earphone’ ke telinga Ji Yeon.Pada ketika
itu,Young Min memainkan lagu-lagu Boyfriend,grup kegemaran Ji Yeon.“Kamsahamnida.”Ji
Yeon teruja dengan tindakan Young Min.Mereka sama2 membaca novel masing2 sambil
mendengar lagu.
Tidak sampai 30 minit,Ji Yeon sudah terlelap di atas meja.Young Min yang
perasan akan keadaan Ji Yeon memberhentikan lagu dan menanggalkan ‘earphone’nya
dari telinga Ji Yeon.Young Min mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar
Ji Yeon yang sedang lena diulit mimpi.‘Cantik juga dia ni walaupun tengah
tidur.Bertuahnya aku kalau dapat jadi namja chingu dia.Harap2 dia belum
berpunya,’bisik hati Young Min.
Young Min perasan Ji Yeon sedang menggigil kesejukan lalu menanggalkan
kotnya dan memakaikannya pada Ji Yeon.Young Min tanpa berlengah lagi
‘menyertai’ Ji Yeon.Tanpa disedari,Young Min memegang tangan Ji Yeon dengan
erat.Mereka lena bersama sehingga waktu rehat.
PADA WAKTU REHAT…
“Leganya
dapat tidur sekejap kat ‘library’”.Ji Yeon mula meregangkan tangannya ke semua
arah.“Awak,jom pergi ke ‘café’.Saya lapar.”“Boleh je.Tapi sebelum tu,awak tak
nak ajak si Eun Jung tu ke?”Young Min mengingatkan Ji Yeon.“Terlupa pula.Kalau
macam tu,awak pergi ke ‘café’ dululah.Nanti saya menyusul.”Ji Yeon pun beredar
untuk mendapatkan Eun Jung.Namun,Young Min tetap menunggu Ji Yeon di suatu
sudut.
Beberapa minit kemudian,Ji Yeon dan Eun Jung berlari anak untuk ke
’café’.Ji Yeon takut dia akan menyusahkan Young Min.Tiba2,Ji Yeon ternampak
Young Min lalu menyapa dia.“Kenapa awak ni degil sangat?!Saya suruh awak ke
‘café’ sebab manalah tahu awak pengsan sebab lambat makan.Saya juga yang susah
nanti,”rungut Ji Yeon.‘Ambil berat betul dia ni kat aku,’bisik hati Young Min.
SETIBANYA DI ‘CAFÉ’….
Young Min,Ji Yeon dan Eun Jung beratur untuk
mengambil makanan.Setelah mengambil makanan masing2,mereka memilih tempat duduk
yang dikhaskan untuk mereka.Menu mereka pada pagi itu berasakan
bijirin.Disebabkan mereka lewat sampai,hanya Young Min dan Eun Jung sahaja yang
sempat mengambil sudu.‘Nampaknya kena pakai sudu sendirilah,’bisik hati Ji
Yeon.Malangnya,dia terlupa untuk membawanya.‘Macam mana nak makan kalau tak ada
sudu?Kena berlapar sampai baliklah jawabnya.’
Ji Yeon melepaskan keluhan yang amat kuat
sehingga boleh didengari oleh Young Min.“Tak apa,biar saya suapkan awak,”pelawa
Young Min dengan senyumannya yang menawan.“Mana boleh.Lagipun awak murid baru
kat sini.Nanti orang ingat saya mendera awak.”Ji Yeon menolak dengan penuh
lemah lembut serta senyumannya.
“Saya tak boleh biarkan awak berlapar.Nanti awak tak ada tumpuan untuk
belajar.”Secara automatik,tangan Young Min terus menyuakan sudu yang penuh
dengan bijirin ke mulut Ji Yeon.Ji Yeon hanya terpinga-pinga dengan tindakan
Young Min lalu menerima suapan daripadanya dengan penuh tanda tanya.
‘Kenapa Young Min buat macam ni kat aku?Dia suka aku ke?Kalau ya pun apa
salahnya.’Gembira hati Ji Yeon apabila memikirkannya.Eun Jung yang sedang
menikmati sarapannya berhenti seketika kerana terkejut dengan dua orang di
depannya.Minda Eun Jung beranggapan Ji Yeon dan Young Min telah jatuh cinta.
‘Bagus juga mereka ni jatuh cinta.Tak adalah
Ji Yeon tu keseorangan kalau aku tak ada.’Kemudian Eun Jung berdehem memberi ‘amaran’
kepada mereka berdua.Ji Yeon dan Young Min sedar akan tindakan Eun Jung itu
hanya tersipu2 malu lalu menghabiskan sarapan masing2.
“Ji Yeon,kau dah jatuh cinta dengan
pelajar baru tu ya?”Eun Jung menyoal Ji
Yeon seperti seorang detektif.Ji Yeon yang sedang melayan perasaannya tersentak
dengan suara Eun Jung.“Apa dia,Eun Jung?Ulang lagi sekali,boleh?”Eun Jung yang
bengang dengan soalan Ji Yeon lalu memukul bahu Ji Yeon.
Young Min yang berjalan dibelakang mereka berdua hanya tergelak kecil
dengan kelakuan mereka yang tidak ubah seperti adik-beradik.“Aku tanya betul2
dia jawab main2 pula.Merajuklah,”lalu Eun Jung menjarakkan dirinya dari Ji
Yeon.“Apalah,dah besar panjang pun nak merajuk macam budak kecil,”Ji Yeon cuba
memujuk chingunya.Mereka semua pun balik ke kelas sama2 dan belajar sehingga
habis waktu sekolah.
‘Eh,aku ada tertinggal barang kat lokar.Nak pergi ambillah.’Suara Ji
Yeon yang separuh kuat itu dapat didengari oleh Young Min dengan jelas.“Apa
dia?”Young Min menyoal Ji Yeon.“Awak dengar ya?Saya nak pergi ambil barang kat
lokar saya.Awak dan Eun Jung tunggu saya kat luar sekolah dululah.”Baru Ji Yeon
hendak melangkah pergi Young Min menghalangnya.
“Biar saya temankan awak.”Young Min risau sekiranya ‘future’ yeoja
chingunya pergi berseorangan dengan keadaan sekolah yang sunyi itu.“Tak
apalah.Nanti saya akan menyusahkan awak pula.Tak pasal2 awak penat menunggu
saya.”Ji Yeon pun berlalu pergi.Tanpa disedari,Young Min mengekorinya dari
belakang.Begitu juga dengan Ki Seop,’ex’ namja chingu Ji Yeon.
Setibanya di lokar,Ji Yeon terus ‘menyahkod’ nombor untuk membuka
lokarnya.Setelah dibuka,Ji Yeon terus mengambil diari biru lembutnya yang
dimaksudkannya ‘barang yang tertinggal.’Ji Yeon pun menutup pintu lokarnya lalu
memandang ke belakang.Ji Yeon terkejut dengan apa yang dilihatnya.‘Ki Seop ada
kat sini?Tapi,macam mana?’Soalan2 itu terus berlegar2 di minda Ji Yeon.Selang
beberapa saat,Ki Seop mendekatinya.
“Anneyeonghaseyo,lama kita tak berjumpa.”Ki Seop bertanya khabar kepada
Ji Yeon dengan senyumannya yang sinis.“Apa awak buat kat sini?Bukan ke awak dah
pindah?”Ji Yeon menuturkannya dengan tergagap2.Ki Seop memandang Ji Yeon dan
tersenyum puas kerana dapat manakutkannya.“Berpindah hanya alasan semata2 untuk
kelirukan semua orang.Selepas kau putus dengan aku,semua benda tak menjadi.Jadi
aku ambil keputusan untuk menyamar jadi adik aku.”Ki Seop menerangkannya dengan
panjang lebar.
Ki Seop mendepakan tangannya ditepi kepala Ji Yeon.Ji Yeon semakin
cemas.Ji Yeon buntu.Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat.Tiba2,kedengaran bunyi derapan tapak kaki yang sedang berlari
menuju ke arah mereka.Ya,orang itu adalah Young Min.Young Min berhenti pada
jarak 1 meter dari mereka.Ji Yeon terus berlari ke arah Young Min dan terus ke
belakangnya.“Apa yang lelaki tu dah buat kat awak?Dia cederakan awak
ke?”Bertubi2 soalan diajukan kepada Ji Yeon.
“Dia tu….”Belum sempat Ji Yeon menjawab soalan Young Min,Ki Seop
memotong.“Kalau kau nak tahu,yeoja chingu kau tu dulu yeoja chingu aku.Kami
pernah bersama untuk jangka masa yang lama.Tanpa sebab,dia minta putus dengan
aku.Aku nak kau pulangkan dia kat aku,sekarang!”Ki Seop menggertak Young Min
tetapi Young Min tidak menunjukkan perasaan takut.
“Untuk pengetahuan kau,aku dengan Ji Yeon belum ‘declare’ sebagai
pasangan kekasih dan aku bukan penyebab Ji Yeon putus dengan kau.Lagipun,aku
baru ‘first day’ kat sini.Mungkin kau yang bermasalah.”Young Min menerangkan
perkara sebenar kepada Ki Seop.Ki Seop yang tidak berpuas hati dengan jawapan Young Min mencampakkan cermin
matanya ke atas lantai.
“Baik kau serahkan dia,kalau tak aku bunuh korang berdua!”Ki Seop
menggertak Young Min dan Ji Yeon.Ji Yeon mulai berpeluh.Dia tidak mahu
dijadikan sebagai bahan untuk orang bergaduh.“Ji Yeon,saya nak awak pergi
kepada Eun Jung.Saya risau sekiranya awak turut tercedera.”Young Min
mengarahkan Ji Yeon supaya beredar dari situ.“Baiklah.”‘Prihatin betul Young
Min ni kat aku.Mungkin betul dia suka aku,’bisik hati Ji Yeon lalu cepat2
beredar dari situ.
“Aku akan balas dendam dekat kau Ji Yeon!Aku tak akan pernah lupa apa
yang kau dah buat kat aku!”Ki Seop terus-menerus memberi amaran kepada Ji
Yeon.Ji Yeon tidak mahu dengar semua itu.Dia hanya ingin Young Min selamat.‘Harap2
tak ada pergaduhan antara mereka,’bisik hati Ji Yeon.Ji Yeon terus berlari
keluar sekolah dan menuju ke arah Eun Jung.
“Eun Jung,Ki Seop nak bunuh aku dengan Young Min.Apa aku nak buat?Aku
takut kalau dia ‘serious’ nak bunuh aku dengan Young Min,”Ji Yeon menceritakan
perkara yang akan dilakukan oleh Ki Seop terhadap dirinya dan Young Min.“Kau ni
biar betul?!Bukan ke si Ki Seop tu dah pindah dari sini?”Eun Jung kehairanan.
Sementara itu,Ki Seop sedang memberi amaran
terakhir kepada Young Min.“Dengar sini.Aku tak akan benarkan kau dengan Ji Yeon
bersama.Aku akan pastikan dia menderita kalau dia pilih kau.Sampai sini
je.Cakap pada Ji Yeon,Anneyeongkaseyo.”Ki Seop pun beredar dari situ dengan
perasaan benci yang meggunung terhadap Young Min.Young Min juga turut beredar
dari situ.
Hatinya berdebar2 apabila mengingat kembali
kata2nya sendiri.‘Kami belum ‘declare’ sebagai sepasang kekasih….’Young Min
berasa seperti dia dan Ji Yeon sudah lama menjadi sepasang kekasih.Young Min
terus menuju ke tempat di mana Ji Yeon dan Eun Jung sedang menunggunya.“Awak,kamsahamnida
sebab selamatkan saya tadi.Sekarang ni saya rasa takut nak pergi mana2 sebab Ki
Seop mungkin akan bunuh saya.”Ji Yeon mengadu kepada Young Min.
“Dia tu dulu namja chingu awak kan?”“Ya,tapi dia hanya mempergunakan
saya saja.”Ji Yeon menjawab pertanyaan Young Min sambil melepaskan keluhan yang
agak kuat.“Baiklah,kalau macam tu,saya berjanji dengan awak yang saya akan
melindungi awak tak kira di mana awak berada sebab saya suka awak.”Itulah janji
yang dibuat oleh Young Min kepada Ji Yeon.
Ji Yeon yang terlalu terharu dengan janji Young Min,terus memeluknya
sambil menangis.Young Min hanya terpinga2.Eun Jung pula tidak sangka yang
chingunya berani melakukan perkara sebegitu.“Kamsahamnida,Young Min atas janji
awak tu.Saya harap awak akan kotakan janji awak tu.”Ji Yeon mengucapkannya
dengan teresak2.
“Dahlah tu.Jom kita semua balik.”Young Min
mengajak mereka berdua balik kerana hari hendak hujan.Dari saat itu,mereka
menjaga sesama sendiri sehingga hampir tamat persekolahan mereka di DaeYoung
High School.
2 TAHUN KEMUDIAN….
“Sedar tak sedar,lagi beberapa minit je kita akan ‘graduate’.Jika kita
bernasib baik,mungkin kita akan berjumpa lagi.”Ji Yeon mula memasang angan2
untuk menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Seoul.Dia berharap sangat
supaya dapat belajar bersama2 dengan dua orang chingunya,iaitu Young Min dan
Eun Jung.Kini,Ji Yeon telah menjadi yeoja chingu kepada Young Min.
Selesai saja majlis ‘graduation’ mereka,mereka berkumpul di ‘café’ untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada kepada diri masing2.“Eun Jung,saya harap
kita dapat masuk ke universiti yang sama.Young Min,saya rasa kita kena batalkan
janji kita tu sebab mungkin kita tak akan berjumpa lagi.”Ji Yeon berasa sungguh
sedih kerana perlu meninggalkan namja chingunya dan juga rakan baiknya.
Tanpa sebarang amaran,Young Min terus menarik tangan Ji Yeon lalu menuju
ke tengah dewan di mana majlis tersebut diadakan.“Apa ni,Young Min?Kenapa awak
tarik saya ke tengah dewan ni?Semua orang tengah tengok kita.”Ji Yeon berasa
tidak selesa dengan tindakan Young Min.Apabila Young Min sudah bersedia,dia
melutut di depan Ji Yeon.
“Ji Yeon,saya tahu perkara ini akan terjadi.Oleh itu,saya telah buat
perancangan untuk lakukan perkara ini.”Lantas,Young Min mengeluarkan sebuah
kotak dari poketnya lalu dibukanya.“Ji Yeon,sudikah awak menjadi milik saya
untuk selamanya?”Ji Yeon tahu yang Young Min sedang melamarnya.Dia tidak
menyangka Young Min akan melamarnya.Ji Yeon terdiam sesaat,kemudian‘Saya
terima.’
Young Min terus menyarung kan cincin pada jari
JiYeon.Semua tetamu di dalam dewan bersorak gembira.JiYeon memeluk Young Min
seerat-eratnya.“Saya tahu awak tak akan tinggalkan saya.”JiYeon membisikkannya ke
telinga Young Min.“Saya dah tetapkan tarikh perkahwinan kita pada 7 Jun.”JiYeon
kemudian senyum kepada Young Min sebagai tanda setuju.Tetapi,ada seseorang yang
tidak berpuas hati kepada mereka,iaitu Ki Seop.
2 HARI SEBELUM PERKAHWINAN MEREKA…
Pagi itu,JiYeon bangun awal untuk membeli barang
keperluannya di sebuah farmasi terkemuka di DaeYoung.Sebelum itu,dia perlu meminta
izin daripada bakal suaminya,Young Min.Lantas,JiYeon terus menelefon Young
Min.“Yeobaseyo,awak tengah buat apa?”JiYeon memulakan bicara.”“Saya tengah baca
novel.Kenapa awak telefon saya pagi-pagi ini?”Young Min menyoal JiYeon kembali.
“Asyik baca novel je awak ni.Saya nak minta izin
daripada awak untuk pergi ke farmasi dengan EunJung.Boleh ak?”JiYeon merayu
agar dapat berjalan-jalan dengan rakan baiknya.Young Min terdiam sesaat mula bersuara,“Saya
izinkan.Tapi awak kena balik cepat.”JiYeon yang mendengarnya meloncat-loncat
gembira kerana Young Min mengizinkannya.“Kamsahamnida awak.Saya janji akan balik
cepat.Okeylah,saya nak bersiap dulu.Anneyeongkaseyo.”JiYeon mengakhiri perbualannya
dengan Young Min.
Setelah bersiap ala kadar,dia menuju ke rumah Eun
Jung yang selang tiga buah rumah daripada rumahnya.JiYeon terus menekan loceng rumah
Eun Jung.Selang beberapa minit kemudian,Eun Jung menelefonnya.“Mianei,JiYeon.Aku
memang tak boleh temankan kau hari ini sebab aku ada hal ‘emergency’.Mianei.”Eun
Jung meminta maaf daripada JiYeon.“Tak apalah.Kalau dah macam tu,aku kena pergi
seorang dirilah.Anneyeongkaseyo.”
JiYeon menutup telefonnya lalu menuju ke farmasi
tersebut.Semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya,seseorang telah menekup mulut
JiYeon dari belakang.JiYeon yang meronta-ronta itu di bawa ke sebuah gudang yang
terbiar.JiYeon yang di ikat pada sebuah kerusi bertanya kepada penculik itu.“Siapa
awak?Apa awak nak buat kat saya?”JiYeon berharap ada orang yang mendengar jeritannya.
“Naif sama seperti dulu.Anneyeonghaseyo,JiYeon.“Penculik itu hanya tersenyum
sinis.“Macam mana awak……”Kemudian,otakJiYeon menangkap sesuatu di dalam mindanya.’Kalau
taksilap,ni suara….’“Ki Seop?!”JiYeon yang berani tadi bertukar menjadi takut.“Kenapa
diam?Takut ke?”sindir Ki Seop.“Apa yang kau nak dari aku?Cepat lepaskan
aku!”JiYeon meronta-ronta untuk melepaskan diri.Kemudian,KiSeop melepaskan tumbukan
ke perut JiYeon.“Kau boleh tolong diam tak?”Ki Seop menggertak JiYeon.
Ki Seop pun mengikat mulut JiYeon dengan sehelai kain.JiYeon mengerang kesakitan
daripada tumbukan Ki Seop.Lantas,KiSeop mengambil telefon JiYeon untuk mengugut
Young Min.“Yeobaseyo,Young Min.”’Kenapa suara lelaki?Entah-entah….’“Ki
Seop!Manam JiYeon?!Apakau dah buat kat dia,hah?!”Young Min hairan macam mana telefon
JiYeon ada pada Ki Seop.
“Semuanya akan terjawab sebaik kau dating ke gudang terbiar dekat DaeYoung.Jangan
bawa sesiapa.Datang,kalau tak JiYeon tu aku bunuh.”Ki Seop menamatkan perbualannya
dengan Young Min.KiSeop menuju ke arah JiYeon yang hampir pengsan itu.“Sekejap lagi,bakal
suami kau akan sampai,”kata Ki Seop kepada JiYeon.
“Yeobaseyo,EunJung,awak kat mana?Bukan ke awak dengan JiYeon?”Young Min
menyoal Eun Jung dengan perasaan yang sangat kecewa terhadapnya.“Mianei,YoungMin.Sebenarnya,saya memang nak temankan JiYeon tapi
tiba2 saya rasa tak sihat.Saya ingatkan dia tak jadi nak pergi.”Eun Jung
menerangkan perkara yang sebenar.“Tadi saya ada terima ugutan daripada Ki
Seop.EunJung,awak tahu taekwondo kan?Saya nak awak ikut saya selamatkan Ji
Yeon.Boleh?”pinta Young Min.
“Dah
tentu lah boleh.Dia kan chingu saya,so saya kena lah tolong dia kalau dia dalam masalah.Jadi,ada rancangan?”soal Eun
Jung.“Macam ni…”
SETIBANYA DI GUDANG….
“Ki Seop,kau kat mana?Mana JiYeon?”Young Min
menjerit dengan kuat sebagai tanda dia sudah datang.Tiba2,Ki
Seop menuju ke arahnya sambil memegang JiYeon.Pistol di tangan kanan Ki
Seop diacukan ke arahJiYeon.Sementara itu,Eun Jung
secara senyap memasuki gudang itu dari pintu belakang.“Kau jangan apa2kan
dia!Aku sanggup buat apa2 je asalkan kau jangan tembak dia.”Young Min tidak sanggup melihat JiYeon
diapa2kan.
“Kalau macam tu,aku nak kau mati depan aku,boleh?”Ki
Seop menyatakan permintaannya.“Kau gila ke?Mana lah aku boleh mati tiba-tiba je.”Young Min
tidak pasti jika Ki Seop gila atau tidak.“Kau jangan risau.Aku boleh tolong kau ‘matikan’
diri kau.”Pistol yang diacukan kepada JiYeon kini berarah kepada Young
Min.Tanpa membuang masa,Eun Jung teru memukul Ki
Seop sehingga dia melepaskan JiYeon,tetapi pistol yang
dipegangnya tidak terlepas dari tangannya.
Apabila mendapat peluang JiYeon terus berlari ke arah
Young Min.“JiYeon,awak tak apa-apa?”Young Min memeluk JiYeon.JiYeon hanya mengangguk.Apabila dia sedar
yang
dirinya diserang,KiSeop terus membalas serangan kepada EunJung.Saat JiYeon memandang ke belakang,
dia tahu Ki Seop sudah siap sedia untuk menembak Young Min.JiYeon melindungi Young Min
dengan pelukannya.
Tembakan dilepaskan.Peluru menembusi tubuh JiYeon.JiYeon rebah.Young
Min danEun Jung terkejut.Eun Jung yang berasa marah terhadap Ki
Seop terus memukulnya sehingga dia pengsan.Young Min
mendakap JiYeon.“JiYeon,tolong bertahan.Saya akan panggilkan ambulan,”kata Young Min
lalu mengeluar kan telefonnya.Setelah memberikan alamat gudang tersebut,Young Min
kembali menatap JiYeon.
JiYeon,tolong jangan tinggalkan saya.Saya tak akan dapat hidup tanpa awak.”Young
Min merayu kepada JiYeon.“Young Min,jika saya ditakdirkan mati di dalam dakapan awak,saya nak awak berjanji dengan saya.”JiYeon menyatakan hasratnya buat
kali terakhir.“Cakap aje.Saya akan berjanji.”“Pertama,saya harap hanya saya saja yang
ada dalam hati awak.Kedua,awak tak akan cari pengganti diri saya sekiranya saya pergi.”
“Ketiga,jaga Eun Jung baik-baik sebab dia tak ada sesiapa kat dunia ni selain saya.”JiYeon menyatakannya dengan
perlahan-lahan.Kemudian
JiYeon mengangkat tangannya dan menunjukkan jari kelingkingnnya.Young Min yang
sedar dengan perbuatan JiYeon terus melakukan perkara yang sama.Mereka pun
menyimpulkan jari mereka sebagai tanda mereka akan berjanji.“Kamsahamnida,YoungMin,Eun
Jung.”JiYeon menutup matanya.Tangannya jatuh ke tanah dengan serta-merta.
Young Min terus memeluk tubuh JiYeon dalam keadaan
teresak-esak.Eun Jung hanya menggenggam tangannya.“Baiklah,saya akan pegang janji awak
tu.Saranghaeyo.”Itulah kata2 terakhir dari Young Min kepada JiYeon.
- TAMAT -
new past
